BEIJING 31 Julai – Budak lelaki berusia tiga tahun terselamat meskipun terjatuh daripada balkoni rumah di tingkat enam di barat daya China, kelmarin.
Mengikut laporan media, budak tersebut berjaya disambut jiran-jiran di perumahan itu menggunakan selimut besar.
Video insiden itu menunjukkan dia cuba naik semula ke balkoni namun tidak berjaya sebelum terjatuh.
Memuatkan artikel berkaitan…
Bagaimanapun tindakan pantas jiran-jiran dengan memegang selimut besar di bawah menyelamatkan budak lelaki berkenaan. – AFP











