Cedera ditimpa durian gugur - Utusan Malaysia

Cedera ditimpa durian gugur

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR – Seorang bayi lelaki berusia tiga bulan, Megat Muhammad Kays Muhaddin Megat Zarulfais cedera di muka selepas terkena buah durian yang gugur di Felda Jengka 17, Bandar Jengka, Pahang, semalam.

Dalam kejadian kira-kira pukul 5 petang, bayi itu bersama ibunya, Norfarahana Baharuddin pergi ke belakang rumah mereka untuk melihat buah durian yang gugur.

Bapa bayi itu, Megat Zarulfais Megat Kamaruddin, 26, berkata, pada mulanya, isterinya pergi seorang diri dan mening­galkan anak mereka di rumah tetapi bayi itu menangis sebelum dia pergi semula mengambil Megat Muhammad.

Memuatkan artikel berkaitan…

“Ketika berada di belakang rumah, isteri tiba-tiba terdengar bunyi buah gugur sebelum berlari bersama anak untuk menyelamatkan diri.

“Bagaimanapun, buah itu gugur ke atas badan isteri saya terlebih dahulu sebelum bergesel ke muka anak. Anak kami tidak ada apa apa pun, cuma luka calar sahaja,” katanya ketika dihubungi Kos­mo! di sini hari ini.

Mengulas lanjut, katanya, anaknya telah dibawa ke Hospital Jengka untuk pemeriksaan lanjut namun tiada yang serius.

Terdahulu, tular gambar bayi tersebut beserta kapsyen di laman sosial Facebook yang meminta netizen mendoakan kesihatan bayi itu yang ditimpa durian.

Status tersebut dipercayai dikongsi rakan kepada keluarga berkenaan yang prihatin nasib mereka sekeluarga.

Megat Zarulfais berkata, status ber­kenaan telah membuatkan mereka sekeluarga dikecam kerana dikatakan se­ngaja membawa bayi berkenaan melihat pokok durian. – K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini