Curi bauksit: siasatan dijalankan - Utusan Malaysia

Curi bauksit: siasatan dijalankan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUANTAN 31 Julai – Polis masih menjalankan siasatan berhubung dakwaan sebuah syarikat pengusaha bauksit yang kerugian RM1.7 juta apabila 15,000 tan metrik bahan mineral itu yang disimpan di stok simpanan di Sungai Karang di sini dicuri pada 22 Julai lalu.

Ketua Polis daerah, Asisten Komisioner Mohd. Noor Yusuf Ali berkata, siasatan berhubung dakwaan itu dijalankan dengan kerjasama Pejabat Tanah dan Galian negeri.

“Laporan diterima daripada seorang kakitangan syarikat terbabit pada pada 27 Julai yang mengatakan bahawa satu kawasan di Gebeng telah diceroboh oleh satu kumpulan dan kes masih disiasat,” katanya dalam sidang akhbar berhubung Op Sarang Khas di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) di sini hari ini.

Memuatkan artikel berkaitan…

Baru-baru ini, Pengarah Urusan WM Mining Industries Sdn. Bhd., Cheok Kia Yong mendakwa, syarikat itu kerugian kira-kira RM1.7 juta apabila 15,000 tan metrik bauksit yang disimpan di stok simpanan di Sungai Karang di sini dicuri pada 22 Julai lalu.

Dakwa Kia Yong, perbuatan tersebut dikesan oleh kakitangannya selepas mendapati beberapa individu bersama tiga unit jengkaut dan lori berada di kawasan stok simpanan milik syarikat berkenaan.

Sementara itu, berhubung Op Sarang Khas berkenaan, Mohamad Noor berkata, operasi bermula Isnin lalu sehingga hari ini itu dilakukan di kawasan Felda Lepar Utara, Jaya Gading, Balok, Semambu, Taman Tas Chederawasih, Beserah, Tanjung Lumpur dan sekitar bandar ini.

Beliau memaklumkan, dalam operasi berkenaan, seramai 141 individu telah diperiksa dan 79 tangkapan telah dilakukan.

“Sebanyak 72 tangkapan melibatkan kesalahan gagal ujian air kencing manakala tujuh lagi melibat kesalahan memiliki dadah dan daripada jumlah itu 52 mempunyai rekod lampau atas kesalahan dadah dan jenayah,” katanya.

Menurutnya, jumlah rampasan dadah bagi operasi itu ialah 1.12 gram heroin, 1.86 syabu dan 1.76 gram ganja. – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini