Berhenti ungkap cinta, sayang kepada kekasih - Utusan Malaysia

Berhenti ungkap cinta, sayang kepada kekasih

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

BAGI pasangan yang sedang enak dibuai cinta, sudah pasti ungkapan kasih, sayang, cinta dan rindu tidak terlepas daripada ungkapan pada setiap hari.

Pedoman

Menerima ayat-ayat romantik sejurus celik mata pada waktu pagi mungkin mampu merubah mood seseorang untuk menjalani kehidupan dengan baik, apatah lagi perbuatan tersebut turut dilakukan sebelum melelapkan mata.

Pun begitu, bagi pasangan sedang bercinta dan masih belum terikat dengan ikatan yang sah, diminta untuk mengubah gaya hidup agar tidak perlu bergantung kepada ungkapan manis pasangan yang tidak memberikan manfaat.

Memuatkan artikel berkaitan…

Sebaliknya perbuatan meluahkan rasa kasih dan sayang itu amat dilarang kerana boleh menghampiri zina.

Memetik kata-kata Ikon Islamik Media Sosial, Alif Teega dala, laman sosial Instagram, seseorang sepatutnya merasa malu dengan perbuatan tersebut yang jelas bertentangan dengan ajaran Islam.

Sebaliknya, beliau menyarankan agar rasa penghargaan dan sayang disalurkan kepada sahabat yang rapat kerana perbuatan tersebut adalah sunah.

“Apa nak malu ucap sayang pada kawan. Bukan dosa pun, sunah lagi ada lah. Yang patut malu ucap saya pada girlfriend (teman wanita), boyfriend (teman lelaki). Malu dengan Allah,” katanya.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini