KUALA LUMPUR – Penyanyi Najwa Latif bukanlah artis residen Jom Chat namun apabila ada sesuatu yang mahu diperkatakan oleh wanita muda berwawasan ini, pasti platform bual santai ini menjadi pilihannya.
Malam ini, pada pukul 9, selama satu jam, Najwa atau lebih mesra dengan panggilan Wawa akan muncul sebagai artis jemputan.
Besar kemungkinan, Wawa akan berbicara tentang perkembangan dua kariernya dan single baharu yang dilahirkannya.
Single Wawa berjudul Kau Lupa Itu Aku atau singkatannya, KLIA pasti akan didendangkan secara eksklusif malam ini di Jom Chat.
Jom Chat disiarkan secara live di Facebook Utusan Online dan para pelayar Utusan Online hanya perlu daftar masuk ke FB Utusan Online, like page dan akan dapat notifikasi.
“Boleh buat hantaran komen dan tanya soalan kepada Wawa. Insya-Allah, akan dibaca dan dijawab,” kata Najwa. – UTUSAN ONLINE











