Seorang maut, 29 rumah musnah terbakar - Utusan Malaysia

Seorang maut, 29 rumah musnah terbakar

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR 31 Julai- Seorang lelaki meninggal dunia manakala puluhan rumah hangus terbakar dalam satu kejadian di Kampung Batung, Kinabatangan, Sabah semalam.

Kejadian kira-kira pukul 5.30 petang itu turut memusnahkan sebuah tadika serta dua buah kenderaan.

Difahamkan, mangsa, Eng Suan King @ John Philip, 63 tahun, dilaporkan meninggal akibat melecur dengan teruk.

Jurucakap, Pusat Gerakan Operasi (PGO) Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Sabah berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan pada pukul 5.35 petang lalu mengerahkan bomba dari Kinabatangan dan Sandakan ke lokasi kejadian.

Menurutnya, sebaik sahaja tiba di lokasi kejadian, pihak bomba mendapati beberapa kediaman terbakar.

“Pemeriksaan awal kemudiannya mendapati, kebakaran membabitkan 29 rumah penduduk, dua buah kereta dan sebuah tadika yang musnah sepenuhnya.

“Manakala sebuah kuarters klinik kesihatan hanya terbakar 15 peratus. Kebakaran dapat dikawal pada pukul 9.50 malam,” katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.

Tambahnya, punca kejadian sebenar masih dalam siasatan.- UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

×