[VIDEO] Kedai emas Bandar Seri Putra kerugian RM700,000 dalam rompakan - Utusan Malaysia

[VIDEO] Kedai emas Bandar Seri Putra kerugian RM700,000 dalam rompakan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR – Sebuah kedai emas di pasar raya di Bandar Seri Putra, Bangi dekat sini kerugian kira-kira RM700,000 selepas dirompak empat lelaki malam tadi.

Ketika kejadian, tiga pekerja dan enam pelanggan termasuk seorang kanak-kanak berada di premis itu sebelum didatangi empat lelaki bertopi keledar dan bersenjatakan tukul besi dan objek menyerupai pistol.

“Seorang pengawal keselamatan yang sedang bertugas gagal berbuat apa-apa kerana diacu objek menyerupai pistol oleh suspek,” kata Timbalan Ketua Polis Daerah Kajang, Superintendan Mohd Sabri Abdullah dalam kenyataan hari ini.

Memuatkan artikel berkaitan…

Polis menerima panggilan mengenai kejadian itu pada pukul 8.44 malam.

Mohd Sabri berkata, berdasarkan rakaman televisyen litar tertutup (CCTV), kejadian yang berlaku dalam tempoh lima minit itu melibatkan empat suspek termasuk seorang yang berkawal di luar.

“Semua suspek dilihat menggunakan laluan pintu utama untuk masuk dan keluar dari pasar raya tersebut,” katanya sambil menambah semua pekerja dan pelanggan berkenaan dilaporkan tidak mengalami sebarang kecederaan.

Kes disiasat mengikut Seksyen 395/397 Kanun Keseksaan kerana melakukan samun bersenjata dan orang ramai yang mempunyai maklumat diminta menghubungi pegawai penyiasat di talian 019-2714100. – K! ONLINE

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini