LONDON – Gara-gara terlalu mabuk, Clinton N’Jie berdepan detik memalukan dalam hidupnya apabila bekas pemain Tottenham itu secara tidak sengaja merakam video secara langsung di media sosial ketika dia melakukan hubungan seks.
Bekas penyerang Spurs itu tertekan butang video secara langsung di media sosial bersama seorang perempuan yang berada dalam posisi mengaibkan.
Rakaman video tersebut boleh dilihat dengan jelas di media sosial, Snapchat sebelum N’Jie menyedari dia telah melakukan kesilapan tersebut dan segera memadamnya.
Bagaimanapun, nasi sudah pun menjadi bubur dan pemain berusia 25 tahun itu tidak boleh lari daripada membuat permohonan maaf secara terbuka.
“Saya memohon maaf. Saya terlalu mabuk ketika itu.
“Saya mahu meraikan kontrak baharu saya dan ingin membaca berita mengenainya tetapi saya telah menekan butang yang salah,” katanya.
N’Jie memilih waktu yang salah untuk mencari berita tentang perpindahannya ke Dynamo Moscow di atas talian sehingga menyebabkan insiden memalukan itu berlaku.
Pemain sayap itu beraksi dua tahun bersama Spurs namun gagal menempatkan diri dalam kesebelasan utama.
Kini, N’Jie sah beraksi bersama kelab Rusia tersebut selepas menandatangi kontrak selama empat tahun setelah mengharungi musim mengecewakan bersama Marseille. – AGENSI











