Noorkhiriah nyaris ditipu penaja umrah - Utusan Malaysia

Noorkhiriah nyaris ditipu penaja umrah

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR – Gara-gara terlalu teruja untuk menunaikan ibadah umrah, Noorkhiriah Ahmad Shapie nyaris ditipu sebuah agensi pelancongan tempatan yang menawarkan penajaan sepenuhnya untuk ke sana.

“Dalam keseronokan mempromosikan pakej umrah agensi berkenaan dalam media sosial, tiba-tiba ada hamba Allah memaklumkan tentang penipuan agensi terbabit yang berkaitan dengan penajaan saya ke Mekah.

Memuatkan artikel berkaitan…

“Sekelip mata juga perasaan teruja nak beribadah itu hilang. Memang sangat bersalah kerana tawaran itu adalah hasil penindasan daripada jemaah lain yang sudahpun membuat pembayaran penuh ke sana.

“Saya terus berjumpa dengan agensi itu, minta penjelasan sebelum mengambil keputusan untuk menarik diri.

“Tak apalah tak dapat pergi ke Mekah, janji saya tidak aniaya orang lain,” katanya kepada Utusan Online.

Difahamkan agensi berkenan mempunyai lesen yang sah di sisi undang-undang.

Mengikut perjanjian, gambar Noorkhiriah digunakan sebagai poster promosi pakej umrah berkenaan yang berlangsung pada musim sejuk itu.

Pelakon drama Jubah Hitam ini juga meminta semua artis agar lebih berhati-hati dengan pihak yang menjanjikan penajaan sebegitu agar tidak menerima nasib yang sama sepertinya.

“Zaman sekarang ini macam-macam boleh berlaku. Benda yang baik pun boleh tersimpang jauh kalau terjebak ke saluran yang salah,” ujarnya lagi.

Kini selepas setahun kejadian kurang menyenangkan itu terjadi, pelakon filem Papadom ini mendapat tawaran yang sama. Kali ini daripada agensi pelancongan Maad Travels (M) Sdn. Bhd.

Untuk projek istimewa itu, dia ditawarkan menunaikan umrah selama 12 hari bersama-sama suami dan anak-anak pada 4 hingga 12 Disember ini.

“Selagi belum sampai ke sana, hati saya tak tenang. Memang berdebar-debar selagi tak tunaikan tanggungjawab itu. Semoga kali ini tiada yang teraniaya,” katanya berharap. – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini