Dalam kunjungan tersebut, Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Guar Sanji, Mohd. Ridzuan Hashim dari Pas dan ADUN Pauh, dari UMNO, Roziena Ahmad turut menyampaikan bantuan berupa keperluan harian serta wang tunai kepada warga emas berusia 87 tahun itu.
Bakar Lah yang tinggal bersama isteri serta anaknya itu hanya mampu terlantar akibat sakit tua selain memerlukan penjagaan rapi.
Warga emas tersebut hanya bergantung hidup kepada anaknya yang berniaga nasi lemak serta bantuan bulanan dari Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM).
Memuatkan artikel berkaitan…

Dalam kunjungan tersebut, Mohd. Ridzuan turut memaklumkan bahawa Masjid Jelempok di sini telah bersetuju untuk menyalurkan sumbangan bagi membaik pulih bumbung dan bilik air di kediaman warga emas berkenaan. – UTUSAN ONLINE











