Pemimpin PKR perlu contohi kepimpinan Tun M - Utusan Malaysia

Pemimpin PKR perlu contohi kepimpinan Tun M

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

SHAH ALAM – Timbalan Presiden PKR, Datuk Seri Mohamed Azmin Ali serta kepimpinan PKR diingatkan supaya mencontohi Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad yang masih memberi keutamaan kepada parti walaupun sudah 22 tahun berkhidmat.

Majlis Penasihat Parti Keadilan Rakyat (PKR) Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail berkata, peringatan itu turut ditujukan kepada dirinya.

“Ini berkaitan dengan hal parti. Kalau kita lihat sebagai satu rujukan dan ambil contoh Perdana Menteri (Tun Dr. Mahathir).

Memuatkan artikel berkaitan…

“Dia (Perdana Menteri) yang berpengalaman selama 22 tahun sebagai Perdana Menteri masih lagi memberi ruang untuk hal parti,” katanya ketika ditemui selepas Majlis Makan Malam Gabungan Dewan Perniagaan dan Perindustrian Cina Malaysia (ACCCIM) dan Dewan Perniagaan dan Perindustrian Cina Klang (KCCCI), di sini, sebentar tadi.

Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas tindakan beberapa pemimpin PKR yang tidak menghadirkan diri pada mesyuarat Majlis Pimpinan Pusat (MPP), Ahad lalu.

Mohamed Azmin serta beberapa pemimpin kanan parti termasuk Amirudin Shari, Zuraida Kamaruddin dan Haniza Talha didapati tidak hadir pada mesyuarat berkenaan.

Mengulas lanjut, Wan Azizah menegaskan walaupun PKR dikatakan berdepan pelbagai cabaran termasuk masalah disiplin ahlinya, namun ia disifatkan sebagai lumrah dalam mana-mana parti politik.

“Sebelum ini pun kita (PKR) menghadapi pelbagai cabaran dalam parti termasuk ketika Datuk Seri Anwar Ibrahim (Presiden PKR) dipenjarakan. Tempoh ini tiada siapa percaya yang PKR akan dapat menghadapinya.

“Malah ada pihak mengatakan kita (PKR) sebagai sebuah ‘parti nyamuk’ tapi sejak daripada itu, parti kita semakin matang. Setiap cabaran yang dihadapi menjadikan PKR semakin kukuh,” katanya. – K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini