6 kapal besar pukat tunda ditahan ceroboh perairan Muar - Utusan Malaysia

6 kapal besar pukat tunda ditahan ceroboh perairan Muar

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

MUAR 30 Julai – Cawangan Perlindungan Sumber dari Pejabat Perikanan Negeri Johor menahan enam buah kapal besar pukat tunda yang menceroboh sekitar perairan Parit Jawa di sini semalam.

Ketua Cawangannya, Yusni Mohd Yusoh berkata, seramai 21 nelayan daripada enam kapal besar tersebut turut ditahan di bawah Seksyen 8(b) Bukan Usaha Sendiri (BUS).

Menurutnya, kejayaan penahanan itu dilakukan menerusi operasi Pemantauan dan Pengawasan Kapal Besar Penangkapan Ikan Zon Selatan Pantai Barat Johor Siri 1.

Memuatkan artikel berkaitan…

“Seramai 21 individu berusia antara 20-an hingga 60-an yang merupakan warga tempatan itu disiasat di bawah BUS kerana gagal mengemukakan lesen kapal besar masing-masing.

“Ini menjadi satu kesalahan jika kapal besar pukat tunda didaftarkan atas nama orang lain, tapi dikemudikan oleh pihak lain, kesemua nelayan ini dikesan sedang membawa kapal besar milik individu lain ketika itu,” katanya dalam satu kenyataan di sini sebentar tadi.

Jelasnya, menerusi operasi bermula pada pukul 1 pagi itu, keenam-enam buah kapal besar berkenaan turut melanggar Seksyen 8(b), beroperasi menunda menangkap ikan di luar kawasan yang dibenarkan melebihi garis lintang (01° 43.00’ Utara) bagi Kapal Besar Pukat Tunda.

Yusni berkata, kesemua kapal besar pukat tunda Zon B itu dikesan berpengkalan di Pontian, Rengit dan Parit Botak.

bot

Dalam operasi itu katanya, keenam-enam kapal besar berkenaan ditahan di lokasi berasingan dalam perairan Parit Jawa iaitu Parit Rabu, Parit Sakai, Tanjung Tohor dan Parit Unas.

“Dalam semua penahanan kapal besar, tiga daripadanya dikesan melanggar Seksyen 8(b), beroperasi menunda ikan pada waktu yang dibenarkan pukul 6 pagi hingga pukul 7 petang pada 5 -12 BN dari garis pantai,” katanya.

Menurutnya, kesemua barang kes serta nelayan terlibat dibawa ke Pejabat Cawangan Perlindungan Sumber Pangkalan Batu Pahat sebelum satu laporan dibuat di Ibu pejabat Polis Daerah (IPD) Batu Pahat.

Katanya, individu yang ditahan juga diserahkan kepada Pegawai Penyiasat, Perlindungan Sumber Batu Pahat bagi menjalan siasatan. -UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini