Tekanan buat boling padang - Utusan Malaysia

Tekanan buat boling padang

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR 30 Julai – Persatuan Boling Padang Malaysia (PLBM) mengakui agak tertekan apabila diminta jawatankuasa pemilihan untuk memastikan mampu membawa pulang lima daripada enam emas yang ditawarkan di Sukan SEA 2019 Filipina.

Pengurus pasukan, Supritendan (B) SYED ZAINAL ABIDIN SYED ZIN berkata, bagaimanapun pihaknya tetap menerima cabaran itu untuk dilaksanakan sebaik mungkin bagi membantu kontinjen negara.

“Hendak kata boleh atau tidak, kami kena usahakan juga walaupun bimbang dengan peningkatan yang ditunjukkan beberapa pasukan negara lain terutama tuan rumah, Filipina selain permukaan padang yang asing bagi pemain kita.

Memuatkan artikel berkaitan…

“Kadang-kadang bila kita jangka boleh menang banyak emas, faktor permukaan padang selalunya menjadi penghalang atau pengacau kerana ia sama sekali berbeza ketika menjalani latihan di negara kita atau menyertai pertandingan antarabangsa,” katanya selepas Mesyuarat Jawatankuasa Pemilihan Sukan SEA di sini semalam.

Pada temasya dua tahun lalu di Kuala Lumpur, skuad boling padang hampir menyapu bersih semua lapan pingat emas yang ditawarkan apabila meraih tujuh emas dan satu perak. Filipina satu-satunya negara berjaya memecah dominasi Malaysia ketika itu.

Syed Zainal yang juga merupakan Setiausaha Agung PLBM mendedahkan, Filipina menggunaka dua venue yang mempunyai permukaan padang berumput yang berbeza dan ia pasti satu cabaran besar buat pemain negara untuk menyesuaikan diri dengan cepat.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini