PARIS – Pemain tengah Senegal, Idrissa Gueye melengkapkan perpindahan dari Everton ke Paris Saint-Germain (PSG), kata juara Perancis itu dalam satu kenyataan hari ini.
“PSG dengan bangganya mengumumkan Idrissa Gueye sah menjadi milik kami,” kata PSG menerusi Twitter.
Pemain berusia 29 tahun, yang beraksi di separuh akhir dalam Piala Negara-Negara Afrika bersama Senegal, dengan PSG telah menyatakan hasrat untuk mengikatnya sejak Januari lalu.
Selain PSG, Manchester United juga dikaitkan berminat untuk mendapatkan pemain tersebut.
Gueye telah menandatangani kontrak sehingga 2023, namun PSG tidak mendedahkan nilau yuran perpindahan tersebut.
“Saya bangga menjadi sebahagian keluarga PSG. Selepas Piala Negara-Negara Afrika bersama Senegal, saya mahu melonjakkan karier saya dengan menyertai PSG, salah sebuah pasukan yang kukuh dan bercita-cita tinggi di Eropah.
“Saya tidak sabar untuk melalui suasana yang menakjubkan di Parc des Princes,” kata Gueye.- AFP











