Pesakit mental ditemukan tergantung - Utusan Malaysia

Pesakit mental ditemukan tergantung

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR 30 Julai- Seorang pesakit mental ditemukan mati dalam keadaan tergantung pada tali di bangsal rumahnya di Kampung Bakong, Oya, Mukah, Sarawak hari ini.

Utusan Borneo melaporkan, lelaki berusia 26 tahun itu ditemukan bapanya yang baru bangun tidur kira-kira pukul 6 pagi selepas mengesyaki sesuatu berlaku kerana melihat pintu rumah terbuka.

Ketua Polis Daerah Dalat, Deputi Superintenden Roslan Leman berkaya, bapanya mencari mangsa di sekitar rumah apabila mendapati lelaki berkenaan tiada di biliknya

Memuatkan artikel berkaitan…

“Pengadu (ayah mangsa) pergi ke belakang rumah dan menemukan anaknya dalam keadaan tidak bernyawa,” katanya kepada Utusan Borneo hari ini.

Roslan berkata, hasil soal siasat mendapati mangsa merupakan pesakit mental yang mendapat rawatan di Hospital Mukah.

Katanya, tiada unsur jenayah dikesan dan mayat dihantar ke Hospital Dalat untuk tindakan lanjut.

“Kes diklasifikasikan sebagai mati mengejut (SDR),” katanya.-UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini