BUENOS AIRES – Pemenang Piala Dunia yang juga pemain veteran Itali, Daniele De Rossi berkata, dia tidak sabar untuk beraksi di stadium ikonik, Bombonera selepas secara rasmi berpindah ke kelab Boca Juniors.
Pemain tengah berusia 36 tahun telah menandatangani setahun kontrak bersama gergasi Argentina itu, sekali gus menutup tirai selama 18 tahun bersama Roma pada akhir musim lalu.
Dia mendapat sorakan gemuruh daripada penyokong apabila diperkenalkan di stadium Bombonera dan diberikan jersi No. 16, nombor yang sama ketika dia berada di Roma.
“Jika anda mencitai bola sepak, jika anda sukakan stadium yang hebat dan penuh dengan semangat, tiada seorang pun mampu menafikan pengalaman sebegini.
Boca merupakan salah sebuah kelab paling berjaya bukan sahaja di Argentina, malah di seluruh Amerika Selatan.- AFP











