Rogol anak tiga kali seminggu - Utusan Malaysia

Rogol anak tiga kali seminggu

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR 30 Julai- Bapa durjana. Itu gelaran yang patut diberikan kepada seorang lelaki apabila tergamak merogol anak perempuannya.

Malah, lelaki berusia 39 tahun itu dipercayai telah melakukan perbuatan keji tersebut di rumahnya di Batu 9, Cheras dekat sini sejak enam tahun lalu ketika anaknya berusia tujuh tahun.

Bagaimanapun, perbuatan itu terbongkar selepas mangsa yang kini berusia 13 tahun menceritakan perkara itu kepada gurunya.

Memuatkan artikel berkaitan…

Ketua Polis Daerah Kajang, Asisten Komisioner Ahmad Dzaffir Mohd. Yussof berkata, mangsa bersama gurunya itu kemudian membuat laporan polis pada pukul 5.30 petang, Khamis lalu.

Katanya, hasil keterangan mangsa memaklumkan suspek pada mulanya hanya meraba badan namun semakin berani apabila merogolnya sebanyak tiga kali seminggu.

“Suspek turut mengugut akan memukul isterinya, jika mangsa menceritakan perbuatan itu kepada ibunya menyebabkan dia terpaksa berdiam diri.

“Perbuatan tersebut berlarutan sejak enam tahun lalu,” katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.

Menurut Dzaffir, hasil pemeriksaan perubatan juga mengesahkan terdapat kesan koyakan dan kesan melecet pada bahagian kemaluan mangsa serta kini sedang mendapatkan rawatan lanjut.

“Setelah laporan dibuat, suspek bertindak melarikan diri. Polis kini sedang mengesan lelaki tersebut.

“Orang ramai yang mempunyai maklumat boleh menghubungi pegawai penyiasat di talian 019-2299906 atau menghubungi mana-mana balai polis berhampiran,” katanya.- UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini