Stor simpanan barang SMK Pelong terbakar - Utusan Malaysia

Stor simpanan barang SMK Pelong terbakar

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA TERENGGANU 30 Julai – Sebuah stor simpanan barang-barang lusuh di Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Pelong di Setiu musnah dalam kebakaran petang semalam.

Ketua Balai Bomba dan Penyelamat Setiu, Zull Azman Jamaluddin berkata, pihaknya bergegas ke lokasi kejadian selepas menerima panggilan kira-kira pukul 6.05 petang.

Bagaimanapun, katanya, tiada mangsa yang terlibat dalam kejadian itu.

Memuatkan artikel berkaitan…

“Kejadian melibatkan sebuah stor simpanan barang-barang lusuh bersaiz 10×10 di tingkat tiga asrama putera yang terbakar 100 peratus.

“Bagaimanapun api berjaya dipadamkan oleh staf asrama dengan menggunakan alat pemadaman api sebelum pihak bomba sampai di lokasi,” katanya dalam kenyataan di sini hari ini.

Menurut Zull Azman, bomba dengan kekuatan 10 anggota menggunakan satu aliran hos bagi memadamkan sisa-sisa kebakaran. – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini