Keadaan Timbalan Pengerusi Veteran UMNO Kelantan stabil - Utusan Malaysia

Keadaan Timbalan Pengerusi Veteran UMNO Kelantan stabil

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KOTA BHAR – Timbalan Pengerusi Veteran UMNO Kelantan, Datuk Kamarudin Abdullah yang cedera ditetak dua lelaki semasa beliau sedang berjalan kaki untuk ke masjid semalam, kini berada dalam keadaan stabil dan sedang menerima rawatan di Hospital Raja Perempuan Zainab II (HRPZ II), di sini. 

Exco Pemuda UMNO Malaysia, Datuk Shahrul Nasrun Kamarudin yang juga merupakan anak keempat kepada Kamarudin berkata keadaan ayahnya stabil selepas selamat menjalani pembedahan.

“Keadaan ayah stabil dan dia mengenali semua pelawat yang menziarahinya, namun ayah perlu banyak berehat, dan juga tidak boleh bercakap terlalu banyak,” katanya kepada pemberita di HRPZ II di sini, hari ini. 

Memuatkan artikel berkaitan…

Katanya, beliau sekeluarga terkejut dengan kejadian itu, namun bersyukur ayahnya selamat dalam serangan itu. 

“Saya hairan penjenayah boleh menyerang ayah saya memandangkan ayah tiada musuh malah ramah dengan semua orang dan tidak mungkin ia berlaku disebabkan permusuhan dalaman.

“Saya juga berterima kasih kepada pihak polis yang sentiasa memaklumkan kepada kami perkembangan terkini siasatan,” katanya. – Bernama

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini