Niaga hadapan MSM ditutup rendah sedikit - Utusan Malaysia

Niaga hadapan MSM ditutup rendah sedikit

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR 29 Julai – Kontrak niaga hadapan minyak sawit mentah (MSM) di Bursa Malaysia Derivatives ditutup rendah sedikit hari ini berikutan aktiviti pengambilan untung sederhana selepas momentum meningkat minggu lepas.

Seorang peniaga berkata, prestasi lemah itu juga seiring dengan harga rendah minyak kacang soya dan penurunan harga minyak dunia.

Pada penutup, kontrak bulan semerta Ogos 2019 meningkat RM12 kepada RM2,008 setan metrik manakala September 2019 susut RM8 kepada RM2,024 setan metrik dengan Oktober 2019 dan November 2019 turun RM6 setiap satu masing-masing kepada RM2,061 dan RM2,097 setan metrik.

Memuatkan artikel berkaitan…

Jumlah dagangan berkurangan kepada 33,572 lot daripada paras penutup 52,299 lot pada Jumaat manakala kepentingan terbuka turun kepada 249,778 kontrak daripada 274,789 kontrak sebelumnya.

Di pasaran fizikal, Selatan Ogos meningkat RM80 kepada RM1,990 setan metrik.

Pasaran akan ditutup esok sempena Hari Pertabalan Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah sebagai Yang di-Pertuan Agong ke-16 dan akan disambung semula pada Rabu. – BERNAMA

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini