Niaga hadapan KLCI ditutup rendah - Utusan Malaysia

Niaga hadapan KLCI ditutup rendah

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR 29 Julai – Kontrak niaga hadapan FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) di Bursa Malaysia Derivatives ditutup rendah hari ini seiring dengan prestasi pasaran tunai.

Kontrak bulan semasa Julai 2019 dan Disember 2019 masing-masing susut sembilan mata kepada 1,641.5 dan 1,638, Ogos 2019 turun 9.5 mata kepada 1,638.5 manakala September 2019 berkurangan 8.5 mata kepada 1,637.

Jumlah dagangan meningkat kepada 32,519 lot daripada 24,937 lot pada Jumaat manakala kepentingan terbuka meningkat kepada 68,699 kontrak berbanding 50,893 kontrak, sebelum ini.

Memuatkan artikel berkaitan…

Indeks petunjuk utama FBM KLCI ditutup 5.27 mata lebih rendah kepada 1,642.69.

Bursa tempatan itu dan anak syarikatnya akan ditutup esok bersempena acara Pertabalan Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah sebagai Yang di-Pertuan Agong ke-16.

Operasi dagangan akan disambung semula pada Rabu. – BERNAMA

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

×