Ringgit ditutup rendah, tumpuan mesyuarat FOMC - Utusan Malaysia

Ringgit ditutup rendah, tumpuan mesyuarat FOMC

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR 29 Julai – Ringgit ditutup rendah hari ini berikutan pelabur sedang memantau mesyuarat dua hari Jawatankuasa Pasaran Terbuka Persekutuan Amerika Syarikat (AS) (FOMC) yang dijadualkan bermula pada 30 Julai.

Pada pukul 6 petang, ringgit berada pada paras 4.1230/1270 berbanding 4.1180/1210 semasa ditutup pada Jumaat.

Seorang peniaga berkata, pelabur sedang menunggu keputusan anggota FOMC bagi melihat sekiranya kadar faedah akan dikurangkan sehingga 25 mata asas seperti yang dijangka secara meluas oleh pasaran.

Memuatkan artikel berkaitan…

“Selain dari itu, peserta pasaran juga mengawasi laporan penyata gaji AS pada Julai yang dijadualkan dikeluarkan pada Jumaat melihat sama ada pengurangan kadar faedah Rizab Persekutuan diperlukan,” katanya.

Beliau menambah, penyambungan semula rundingan AS-China di Beijing pada minggu ini juga mendorong para pelabur kekal tidak memasuki pasaran hari ini.

Pada penutupan, ringgit bagaimanapun diniagakan tinggi berbanding mata wang utama, kecuali yen.

Ia sedikit tinggi berbanding dolar Singapura pada 3.0062/0096 daripada 3.0091/0118 Jumaat lepas meningkat berbanding pound kepada 5.0849/0915 daripada 5.1211/1265 dan bertambah berbanding euro kepada 4.5860/5913 daripada 4.5879/5920.

Berbanding yen, unit tempatan susut kepada 3.7951/7995 daripada 3.7905/7936 sebelumnya. – BERNAMA

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini