Penghuni Blok A2 Dwiputra Residence, Presint 15, Putrajaya dekat sini menerima pendedajan amalan kitar semula barangan mengikut tata cara pengasingan sampah yang betul, Sabtu lalu.
Perbadanan Pengurusan Sisa Pepejal dan Pembersihan Awam (SWCorp) Wilayah Persekutuan memaklumkan, tujuan Program Kesedaran Kebersihan Alam Sekitar dan Amalan Kitar Semula itu diketengahkan kepada masyarakat adalah untuk memberi kesedaran mengenai kepentingan penjagaan alam sekitar.
“Antara aktiviti lain yang turut dijalankan adalah peraduan mewarna, cabutan bertuah, pameran 3R (Reduce, Reuse dan Recycle) serta ceramah mengenai pengasingan sisa di punca dan juga penguatkuasaan,” katanya dalam satu kenyataan. – UTUSAN ONLINE
Memuatkan artikel berkaitan…











