Amanah apa yang BN tidak tunaikan? - Utusan Malaysia

Amanah apa yang BN tidak tunaikan?

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR 28 Julai – “Amanah apa untuk Tabung Haji yang kita (Barisan Nasional) tak tunaikan?”.

Demikian soalan yang diajukan bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak kepada warganet khususnya penyokong Pakatan Harapan (PH) yang menuduh BN tidak tunaikan amanah.

Menerusi status dalam akaun Facebook miliknya, Najib berkata, sepanjang tempoh beliau menjadi Perdana Menteri, purata kadar hibah tahunan Tabung Haji adalah 6.75 peratus.

Memuatkan artikel berkaitan…

“Paling rendah ialah kadar lima peratus pada tahun 2009 iaitu tahun pertama saya jadi Perdana Menteri.

“Paling tinggi adalah 8.25 peratus pada tahun 2015. Tahun sebelum Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU-14) iaitu tahun 2017, kadar hibah ialah 6.25 peratus,” katanya hari ini.

Jelas beliau, sepanjang tempoh tersebut, pasaran saham negara telah menerima pengiktirafan dunia sebagai pasaran saham yang menaik untuk tempoh yang paling lama.

“Tak sama dengan PH yang menjadikan pasaran saham kita kepada paling corot dalam dunia sehingga Tabung Haji rugi teruk dan hibah turun ke 1.25 peratus untuk tahun 2018,” katanya. – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini