Bernal selangkah lagi bergelar juara - Utusan Malaysia

Bernal selangkah lagi bergelar juara

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

VAL THORENS, Perancis – Egan Bernal hanya berada selangkah sahaja lagi untuk bergelar pelumba Colombia pertama menjuarai jelajah berbasikal paling berprestij di dunia, Tour de France yang berbaki satu peringkat sahaja lagi.

Atas kertas, Bernal sebenarnya sudah pun boleh dianggap menggenggam gelaran itu memandangkan peringkat ke-21 dan terakhir sekadar untuk melengkapkan jadual perlumbaan untuk ditamatkan di Paris.

Apa yang perlu dilakukan dengan mudah, Bernal hanya kena memastikan dirinya berada dalam kelompok depan sahaja dalam saingan laluan landai itu selain mengelak daripada terlibat dalam kemalangan.

Memuatkan artikel berkaitan…

“Saya masih perlu menamatkannya di Paris terlebih dahulu tetapi secara keseluruhannya ia memang hebat. Saya sedikit tenang sekarang selepas peringkat ke-19 dan 20 yang mencabar akibat pendakian sukar.

“Memang rasa gementar sewaktu dua pendakian itu tetapi sebaik tiba di garisan penamat hari ini bersama juara bertahan dan rakan sepasukan, Geraint (Thomas), segalanya bakal berakhir dan akan menjadi milik saya,” kata pelumba berusia 22 tahun itu selepas perlumbaan.

Peringkat ke-20 awal hari ini dimenangi pelumba Itali dan juara 2014, Vincenzo Nibali tetapi Bernal yang tiba sedikit lewat tidak menjejaskan kedudukannya sebagai pendahulu keseluruhan dan pemegang jersi kuning.

Jika kedudukan itu kekal, pasukan Ineos yang diwakili Bernal dan Thomas akan menguasai kedudukan 1-2 pada Tour de France 2019. Thomas merupakan juara 2018 dan ketua pasukan Ineos tetapi awal-awal lagi mengakui sudah bersedia menyerahkan gelaran itu kepada Bernal.

“Saya beritahu Egan jangan bimbang sangat dengan peringkat terakhir. Dia memang seorang pelumba yang hebat dan berhak menang kali ini dan untuk tempoh beberapa tahun akan datang,” kata Thomas. – AFP

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini