Riyadh lancar program sukarelawan haji - Utusan Malaysia

Riyadh lancar program sukarelawan haji

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

RIYADH 24 Julai – Pusat Inisiatif Yayasan Mohammed Salman Abdul Aziz (Misk) melancarkan sebuah program sukarelawan bagi musim haji 2019 dalam menyediakan perkhidmatan terbaik kepada jemaah selaras Visi 2030 Arab Saudi.

Lapor Arab News, program dinamakan Misk Al-Mashair yang bengkel pertamanya dilancarkan di Jeddah itu berperanan untuk menggalakkan budaya kerja sukarelawan dan memberi peluang kepada orang ramai untuk membuat kerja kebajikan.

Inisiatif tersebut turut mendapat sokongan daripada Kementerian Haji dan Umrah Arab Saudi.

Bengkel latihan akan dianjurkan di beberapa kawasan lain termasuk Mekah, Madinah, Taif, Dammam, Alkhobar, Jazan dan banyak lagi.

Menerusinya, peserta diberi pendedahan tentang kerja-kerja sukarelawan ketika musim haji termasuk persediaan berdepan sebarang kecemasan, penyelesaian masalah, kemahiran berkomunikasi, cara-cara me­ngendalikan jemaah dari pelbagai latar belakang dan pengendalian masyarakat.

Yayasan berkenaan menggunakan program itu sebagai platform meningkatkan prestasi kesukarelaan menerusi perkhid­matan yang profesional dan berkualiti untuk jemaah haji.

Mereka yang dilatih dalam program itu akan mengendalikan penerimaan, bimbi­ngan, terjemahan, perubatan, menyan­tuni warga emas dan orang kurang upaya dan memantau sikap serta perasaan para jemaah.

Sementara itu, berdasarkan statistik yang dikeluarkan pe­nguatkuasa Arab Saudi, jumlah jemaah haji yang telah tiba di Arab Saudi kini telah mencecah 673,104 orang.– AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

×