759 usahawan MADA jana hasil cecah RM17.2 juta

759 usahawan MADA jana hasil cecah RM17.2 juta

TUANKU Syed Faizuddin Putra Jamalullail (kanan) berkenan meninjau ladang ternakan lembu selepas menyempurnakan Majlis Perasmian Destinasi Agropelancongan MADA Wilayah 1 Perlis di Homestay Dangau Tok Chaq, Simpang Empat, Arau, Perlis, semalam.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

ARAU: Seramai 759 usahawan bimbingan Lembaga Kemajuan Pertanian Muda (MADA) Wilayah 1 Perlis menjana hasil mencecah RM17.2 juta bagi tempoh sehingga September lalu.

Jumlah berkenaan adalah menerusi pengeluaran industri asas tani seperti kuih tradisional, produk makanan dan tanaman, ternakan, akuakultur serta agro pelancongan.

Perkembangan tersebut di­persembahkan wakil MADA kepada Raja Muda Perlis, Tuanku Syed Faizuddin Putra Jamalullail sewaktu sesi taklimat bersempena Program Jelajah Agro Pelancongan MADA 2024 di sini, semalam.

Memuatkan artikel berkaitan…

Tuanku Syed Faizuddin ber­kenan menyempurnakan majlis perasmian tersebut yang berlangsung di Homestay Dangau Tok Chaq, Simpang Empat, di sini.

Dalam majlis sama, Tuanku Syed Faizuddin turut berkenan menyaksikan penyerahan sumbangan berjumlah RM19,500 kepada usahawan Wilayah I MADA, Azimah Ahmad yang merupakan pengusaha ternakan lembu.

Baginda turut berkenan menyempurnakan penyerahan zakat kepada asnaf terpilih menerusi Program Kayuhan Majlis Agama Islam dan Adat Istiadat Melayu Perlis (MAIPs) Peduli.

Penerima sumbangan terdiri daripada Mohd Zulkiflee Ismail, 58, dari Kampung Permatang Pauh; Jaafar Mat Isa, 76, dari Simpang Empat dan Ku Md Khir Ku Deris, 66, dari Kampung Datuk Ahmad Musa.

Setiap asnaf menerima sumbangan wang tunai RM700, Kits MAIPs Peduli dan beras fidyah bagi menampung keperluan harian mereka. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

×