SHAH ALAM – Mayat wanita yang ditemui di dalam sebuah longkang di Persiaran Kuala Selangor, Seksyen 27, di sini pada Isnin lalu mempunyai 13 kesan tikaman pada bahagian dada dan perut. Ketua Polis Daerah Shah Alam, Asisten Komisioner Baharudin Mat Taib berkata, siasatan lanjut mendapati mangsa dikenali Tan Siew Mee, 52, merupakan seorang pengurus restoran di One City, Subang Jaya itu dan berasal dari Pokok Sena, Kedah. Beliau berkata, hasil…










