Sathia puas Selangor bangkit - Utusan Malaysia

Sathia puas Selangor bangkit

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KETUA Jurulatih Selangor, B. Sathianathan memuji semangat juang yang dipamerkan The Red Giants ketika bangkit membenam pasukan ‘adik, PKNS FC 3-2 dalam aksi terakhir Liga Super di Stadium Shah Alam, kelmarin.

Menurut Sathianathan, barisan pemainnya telah menunjukkan persembahan yang cemerlang walaupun kehilangan beberapa tonggak utama atas faktor kecederaan.

“Kami berjaya mengawal permainan dengan dua gol yang berjaya dija­ringkan menerusi set piece, namun sebenarnya kami mampu menghasilkan lebih daripada tiga gol, cuma apabila kami mendahului 3-1, pemain mula hilang bola.

Memuatkan artikel berkaitan…

“Bagaimanapun, syabas buat pemain,” katanya selepas perlawanan ber­kenaan.

Sathianathan turut berkata, secara keseluruhannya ke­semua anak-anak buahnya bermain dengan baik dan telah bekerja keras untuk berada di kelompok empat pasukan teratas Liga Super pada musim ini.

Dalam pada itu, pengendali PKNS, Datuk K. Rajagobal mengakui, kekalahan tersebut berpunca daripada kesilapan barisan pertahanan pasukannya, sekali gus memberi peluang kepada Selangor menambah jaringan.

“Kami berjaya menja­ringkan gol pertama pada minit awal permainan, tetapi akibat kelekaan kami dibolosi dua gol, pada babak kedua kami sekali lagi dibolosi.

“Kami cuba melakukan beberapa serangan dan berjaya mendapat gol kedua, namun ia sudah terlambat,” jelas bekas pengendali skuad kebangsaan itu.

Pada aksi di Shah Alam, PKNS FC mula mendahului menerusi jaringan pemain import dari Colombia, Romel Oswaldo Morales seawal minit ke­dua perlawanan sebelum Selangor bangkit meraih dua gol menerusi Sandro Da Silva (m-39) dan Ifeda­yo Olusegun (m-43).

Ifedayo mencipta gol peribadi kedua pada minit ke-51, sebelum PKNS FC merapatkan kedudukan menerusi Tamirlan Kozubaev pada minit ke-77. – Bernama

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini