United sasar dua lagi pemain - Utusan Malaysia

United sasar dua lagi pemain

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

SINGAPURA – Pengurus Manchester United, Ole Gunnar Solskjaer mengakui pihaknya sedang berusaha untuk mendapatkan satu atau dua lagi pemain baharu untuk memantapkan pasukan itu menjelang kempen Liga Perdana England musim depan.

Solskjaer menikmati kejayaan cemerlang sebaik mengambil alih tugas di Old Trafford menggantikan Jose Mourinho pada Disember lalu menerusi 10 kemenangan dan dua keputusan seri dalam 12 aksi.

Bagaimanapun, United gagal meneruskan rekod cemerlang tersebut apabila sekadar menamatkan saingan musim lalu di kedudukan keenam, ke­tinggalan 32 mata di belakang juara, Manchester City.

Memuatkan artikel berkaitan…

Menyedari masalah yang berlaku di dalam skuadnya, Solskjaer melakukan penambahbaikan dengan membawa masuk pemain tengah, Daniel James dan pemain pertahanan, Aaron Wan-Bissaka selain mereka juga kuat dikaitkan dengan perpindahan Harry Maguire dari Leicester City dan pemain Sporting Lisbon, Bruno Fernandes.

“Kami sedang berusaha untuk mendapatkan satu atau dua lagi pemain baharu. Objektif utama kami adalah untuk melakukan persiapan terbaik menjelang perlawanan sebenar nanti.

“Kami bekerja keras untuk memastikan pasukan ini mempunyai kemampuan untuk bersaing selain mempunyai kepelbagaian dalam merangka taktikal. EPL adalah saingan yang sa­ngat kompetitif. Fokus kini adalah terhadap diri kami sendiri untuk menjadi lebih baik,” katanya.

United telah kehilangan pemain te­ngahnya, Ander Herrera yang memilih menyertai Paris Saint-Germain selain masa depannya pemainnya, Romelu Lukaku masih belum menentu tetapi Solskjaer mendedahkan bahawa bintang sensasinya, Paul Pogba masih berada dalam perancangannya musim depan.

“Saya sangat berharap para pemain mampu untuk kembali mendapatkan prestasi mereka seperti ketika awal saya berada di sini. Ia bukan melibatkan Pogba sahaja tetapi keseluruhan pasukan ini.

“Setiap pemain menunjukkan ke­sungguhan ketika latihan dan aksi pramusim. Saya sangat teruja melihatnya.

“Permulaan musim adalah sangat penting. Saya tidak fikir semangat pemain dalam aksi pramusim berkobar-kobar seperti kali ini,” jelasnya.– Agensi

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini