Keluarga mangsa renjatan eletrik terima khabar duka - Utusan Malaysia

Keluarga mangsa renjatan eletrik terima khabar duka

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PASIR PUTEH 22 Julai – Bapa mangsa runtuhan tangga dan renjatan elektrik memerima khabar duka kematian anaknya di Sungai Buluh ketika menziarahi kematian jiran semalam.

Wan Ibrahim Awang Kechik, 59, berkata, dia agak tergamam apabila berita itu dibisikkan oleh anak bongsunya, Wan Hanif, 17, kira-kira pukul 5.30 petang semalam.

Menurutnya, kali terakhir bertemu dengan Allahyarham Wan Hasheliza, 29, ialah awal bulan ini ketika anak keduanya dari lima beradik itu pulang untuk solat hajat keselamatan anak dalam kandungannya.

Memuatkan artikel berkaitan…

“Dia sedang mengandung. Kami terkejut dengan berita yang di luar dugaan namun keluarga menerimanya sebagai takdir ALLAH SWT,” katanya ketika ditemui di rumahnya di Kampung Sepulau di sini malam tadi.

Wan Ibrahim berkata, isterinya, Zawiyah Hassan, 50, berada di Johor Bahru baharu mengetahui berita itu selepas beberapa kali panggilan ke telefon Wan Hasheliza tidak berjawab.

“Akhirnya ada orang menjawab panggilan ibunya itu dengan memberitahu (Wan Hasheliza) sudah meninggal dunia,” katanya.

Wan Ibrahim berkata, dia meminta kebenaran keluarga menantunya untuk mengebumikan kedua-duanya di Tanah Perkuburan Kampung Sepulau, dekat sini, hari ini. – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini