LONDON 22 Julai – Perdana Menteri Britain, Theresa May akan mengadakan mesyuarat jawatankuasa kecemasan hari ini bagi membincangkan mengenai kapal tangki minyak, Stena Impero yang dirampas oleh Iran.
“Selain menerima perkembangan baharu daripada menteri-menteri dan pegawai-pegawai, mesyuarat itu juga akan membincangkan penambahbaikan keselamatan berhubung aktiviti pelayaran di Teluk Parsi,” kata jurucakap May dalam satu kenyataan dikeluarkan.
Mesyuarat Bilik Taklimat Pejabat Kabinet (COBR) melibatkan menteri, agensi keselamatan, perisikan dan ketua tentera Britain.
Memuatkan artikel berkaitan…
Britain sebelum ini telah mengarahkan semua kapal miliknya agar tidak melalui Selat Hormuz sehingga arahan baru dikeluarkan. – AFP











