Tempoh siasatan bergantung kerjasama kru kapal - Iran - Utusan Malaysia

Tempoh siasatan bergantung kerjasama kru kapal – Iran

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

TEHERAN 21 Julai – Iran hari ini menyatakan tempoh penyiasatan terhadap kapal tangki British bergantung kerjasama krunya, selepas mengabaikan permintaan untuk melepaskannya.

Kapal tangki Stena Impero ditahan bersama 23 kru di pelabuhan Bandar Abbas pada Jumaat lalu.

Iran menahan kapal tangki itu atas tuduhan gagal memberi respons kepada panggilan kecemasan dan mematikan transponder mereka selepas melanggar kapal nelayan. – AFP

Memuatkan artikel berkaitan…
Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini