PKR capai resolusi sokong kepimpinan Anwar - Utusan Malaysia

PKR capai resolusi sokong kepimpinan Anwar

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PORT DICKSON – Majlis Pemukiman Pimpinan Parti Keadilan Rakyat (PKR) yang berlangsung di sini membuat resolusi menyokong penuh kepimpinan Datuk Seri Anwar Ibrahim selaku Presiden parti itu.

Setiausaha Agung PKR, Datuk Saifuddin Nasution Ismail berkata, pemimpin PKR malah memberi sokongan penuh kepada Anwar untuk memacu PKR menjadi tonggak Pakatan Harapan (PH).

“Kami telah berbincang secara jujur, terbuka dan telah mencapai resolusi ini bersama,” katanya ketika membacakan resolusi itu pada sidang media sempena majlis penutup pemukiman tersebut di sini hari ini.

Memuatkan artikel berkaitan…

PKR mengadakan pemukiman melibatkan 120 Ahli Majlis Pimpinan Pusat, Ahli Dewan Rakyat, Ahli Dewan Negara serta Ahli Dewan Undangan Negeri PKR dan kesemua mereka menandatangani dokumen resolusi berkenaan.

Bagaimanapun, seramai 20 pemimpin PKR lain termasuk Timbalan Presiden, Datuk Seri Mohamed Azmin Ali tidak hadir pemukiman tersebut.

Selain itu, Saifuddin berkata, PKR mengulangi tekad untuk mengukuhkan kedudukannya sebagai parti tonggak nasional pelbagai kaum dan memastikan manifesto PH terlaksana.

Jelas beliau, bagi mencapai matlamat itu, PKR akan terus menjuarai isu rakyat dengan mendekati masyarakat dan memberikan pembelaan kepada komuniti.

Sementara itu, Anwar yang turut hadir sidang media berkenaan menyifatkan pemukiman itu sebagai berjaya dengan peratusan tidak hadir adalah kecil.

“Mereka yang tidak hadir sebahagiannya memberi alasan munasabah seperti ibu sakit tenat, ada yang di hospital dan ada yang ke luar negara,” katanya. – K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini