Mayat suami isteri berpelukan ketika ditemukan - Utusan Malaysia

Mayat suami isteri berpelukan ketika ditemukan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR 21 Julai – Mayat sepasang suami isteri ditemukan dalam keadaan berpelukan selepas mereka maut akibat terkena renjatan elektrik akibat struktur sebuah tangga separuh siap runtuh di Kampung Matang Pagar, Sungai Buloh, dekat sini tengah hari tadi.

Lebih memilukan, mangsa Wan Hasheliza Wan Ibrahim, 29, dan Shahril Apipie Mokhtar, 29, bakal menimang cahaya pertama mereka September ini.

Ketua Zon 1 Shah Alam, Jabatan Bomba dan Penyelamat Selangor , Razali Mohd. Nasir berkata, kejadian berlaku apabila Wan Hasheliza yang sedang sarat mengandung lapan bulan sedang makan durian di bawah tangga tersebut.

Memuatkan artikel berkaitan…

Ujarnya, bagaimanapun,tangga tersebut tiba-tiba runtuh sebelum menghimpit tangannya dan menyebabkan dia menjerit

“Wan Hasheliza kemudiannya cuba diselamatkan oleh suaminya namun mereka dikatakan terkena renjatan elektrik selepas wayar kabel elektrik berdekatan tangga terbabit putus akibat runtuhan itu.

“Dua jiran mangsa yang cuba membantu menyelamatkan Wan Hasheliza turut terkena arus elektrik,” katanya dalam sidang akhbar di lokasi kejadian.

Dalam kejadian kira-kira pukul 12.57 tengah hari itu, tiga warga tempatan termasuk seorang wanita dan seorang warganegara Indonesia maut selepas terkena renjatan elektrik.

Selain Wan Hasheliza dan suaminya, Shahril Apipie Mokhtar, 29, turut maut ialah jiran mereka, Mohd. Radezi Abdul Aziz,35, dan seorang warga Indonesia, Bambang Sulistio,39.

Tambah Razali, kesemua mangsa kemudiannya dihantar ke Hospital Sungai Buloh untuk dibedah siasat.

“Kita mengambil masa 45 minit untuk menyelamatkan kesemua mangsa dan mereka berjaya dibawa keluar daripada runtuhan kira-kira pukul 2 petang.

“Pihak Tenaga Nasional Berhad juga telah membantu kita dalam melakukan pemotongan elektrik,” jelasnya.- UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini