Satu kematian akibat demam denggi di Perak - Utusan Malaysia

Satu kematian akibat demam denggi di Perak

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

IPOH 21 Julai – Satu kematian akibat demam denggi direkodkan di Kampung Pelawan B di Langkap dekat Teluk Intan.

Pengarah Kesihatan negeri, Datuk Dr. Ding Lay Ming berkata, mangsa merupakan antara tiga kes yang dilaporkan menghidap demam denggi dari kampung berkenaan.

Katanya, dua lagi mangsa masing-masing seorang sedang dirawat di Hospital Teluk Intan manakala seorang lagi dilaporkan stabil dan dirawat sebagai pesakit luar.

Memuatkan artikel berkaitan…

“Pejabat Kesihatan Daerah (PKD) Hilir Perak menerima satu laporan yang disahkan demam denggi pada Isnin lalu dengan aktiviti kawalan di kampung berkenaan telah dijalankan pada hari sama.

“Bagaimanapun kelmarin, kita menerima dua lagi kes demam denggi yang menjadikan jumlah kes keseluruhan di kampung berkenaan sebanyak tiga kes. Daripada tiga kes itu seorang daripadanya meninggal dunia akibat komplikasi demam denggi,” katanya dalam kenyataannya di sini hari ini.-UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini