Arsenal enggan bawa masuk pemain pilihan kedua - Utusan Malaysia

Arsenal enggan bawa masuk pemain pilihan kedua

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

LONDON – Unai Emery berkata, tidak akan membawa masuk pemain pilihan kedua dalam jendela perpindahan kali inim sebaliknya memberi peluang kepada skuad sedia ada untuk meningkatkan kualiti permainan mereka.

Skuad Gunners sekadar mengikat satu pemain apabila membawa masuk Gabriel Martinelli dengan nilai 6 juta pound (RM31 juta) hanya selepas tiga minggu sebelum mereka berdepan Newcastle dalam aksi pembukaan Liga Perdana Inggeris.

Arsenal juga dikaitkan dengan membawa pemain baharu termasuk Wilfried Zaha, Dani Ceballos dan William Saliba, namunmasih terdapat banyak perkara yang perlu diselesaikan sebelum jendela ditutup.

Memuatkan artikel berkaitan…

Zaha bagaimanapun dikatakan tidak mendapat pelepasan daripada Roy Hodgson, yang berkata dia tidak terfikir bahawa penyerang Ivory Coast itu akan meninggalkan kelab tersebut.

Emery bagaimanapun berkata, dia tidak perlu panik untuk membeli pemain sebaliknya harus memberi fokus kepada pemain sedia ada, yang boleh memberi nilai tambah kepada skuad utama.

“Beberapa pemain adalah mahal dan kami memang bekerja untuk meningkatkan prestasi Arsenal, namun kami tidak mahu untuk mendapatkan pemain pilihan kedua.

“Kami setia menunggu. Kami juga mempunyai pemain muda yang bagus, namun kami perlu berwaspada untuk meningkatkan kualiti pemain dalam pasukan ini.

“Bagaimanapun hanya yang saya mahu adalah menandatangani beberapa, satu atau dua atau tiga atau empat pemain yang betul-betul boleh memberikan impak ke dalam Arsenal. Hanya itu sahaja.

“Terdapat banyak pemain yang kelab sedang menghala ke arah itu,” kata Emery.- AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini