Bekalan air Selangor berbau: Rakyat boleh terima jawapan ini? - Najib - Utusan Malaysia

Bekalan air Selangor berbau: Rakyat boleh terima jawapan ini? – Najib

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR 21 Julai – Adakah rakyat boleh terima jawapan menteri berkaitan bekalan air di Selangor yang dicemari dengan bau yang tidak menyenangkan.

Itu persoalan yang dilontarkan bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak berhubung jawapan yang diberikan oleh Menteri Air, Tanah dan Sumber Asli Dr Xavier Jayakumar berkaitan isu pencemaran air yang berulang di Selangor.

Malay Mail dalam laporannya semalam menyebut, Xavier menjawab, ‘tetapi apa yang anda mahu kami lakukan?’ apabila ditanya wartawan mengenai pencemaran air yang kerap kali berlaku di Selangor.

Keratan layar laporan Malay Mail berhubung jawapan Menteri Air, Tanah dan Sumber Asli Dr Xavier Jaya
Keratan layar laporan Malay Mail berhubung jawapan Menteri Air, Tanah dan Sumber Asli Dr Xavier Jayakumar berhubung isu pencemaran air yang berulang di Selangor.

Dalam laporan itu, Xavier juga berkata, pencamaran bau air di Selangor merupakan perkara yang agak biasa di negeri itu dan pasukannya telah turun untuk menyiasat dan laporan akan diberikan kepada beliau kemudian.

“Menteri PH ditanya soalan ini apabila satu juta penduduk Lembah Klang tiba-tiba hilang bekalan air dua hari yang lepas. Menteri PH ini tahu bahawa PH telah mengambil alih syarikat air Syabas sepenuhnya sejak tahun 2014.

“Dia juga sedar PH telah pegang Selangor dan bertanggungjawab ke atas kelulusan kilang-kilang di negeri itu sejak 11 tahun yang lalu.  Hanya boleh jawab ini perkara biasa dan bertanya apa yang korang mahu kita buat. Rakyat boleh terima jawapan ini ke?” soal Najib dalam satu hantaran di Facebook.

Media melaporkan pencemaran bau yang memaksa Loji Rawatan Air (LRA) Sungai Selangor Fasa 1 (SSP1), SSP2, SSP3 dan Rantau Panjang dihentikan operasinya semalam dikenal pasti berpunca dari Sungai Liam, Batang Kali di Hulu Selangor.

Pencemaran itu menyebabkan 1,133 kawasan melibatkan 1,166,842 akaun pelanggan di Kuala Lumpur, Petaling, Klang, Shah Alam, Kuala Selangor, Hulu Selangor, Gombak dan Kuala Langat terkesan dengan gangguan bekalan air tidak berjadual pada 19 Julai lalu.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

×