LONDON – Bos Manchester United, Ole Gunnar Solskjaer memberi sokongan moral kepada Ashley Young dan akan berbincang dengan kapten Red Devils itu selepas dia diejek oleh peminat ketika menentang Inter Milan.
Pemain berusia 34 tahun itu beraksi lapan tahun di Old Trafford dengan kontrak berbaki setahun selepas bersetuju untuk menandatangani perjanjian jangka pendek.
Young antara pemain yang masih bersama United selepas kali terakhir memenangi Liga Perdana Inggeris (EPL) pada musim 2012-2013.
Bagaimanapun, segelintir penyokong melepaskan kekecewaan mereka ke atas Young dengan mengejeknya ketika United menewaskan Inter Milan 1-0.
“Saya fikir Ashley profesional. Dia sentiasa memberikan segala-galanya. Saya masih belum bercakap dengannya, namun saya akan bertemu dengannya,” kata jurulatih dari Norway itu. – AGENSI











