LONDON – Penyerang muda Arsenal, Eddie Nketiah seolah-olah memberi petunjuk bahawa dia bakal menyinar bersama The Gunners apabila menghasilkan tiga gol daripada dua perlawanan dalam kempen pra musim di Amerika Syarikat (AS).
Pemain berusia 20 tahun itu menjaringkan gol ketika membantu Arsenal menewaskan Bayern Munich 2-1 pada Khamis lalu dan semalam dia menghasilkan dua jaringan ketika bertemu Fiorentina.
Beraksi di Stadium Bank Of America, Nketiah membuka tirai jaringan pada minit ke-15 sebelum menggandakan jaringan 50 minit kemudian sebelum Joe Willock meledak gol ketiga Arsenal untuk menumpaskan Fiorentina 3-0.
Memuatkan artikel berkaitan…
Selepas ini, Arsenal akan bertemu Real Madrid pada Rabu ini. – AGENSI











