Lelaki dikhuatiri lemas ketika memancing - Utusan Malaysia

Lelaki dikhuatiri lemas ketika memancing

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

ALOR SETAR – Seorang lelaki berumur lingkungan 30-an dikhuatiri lemas selepas dipercayai terjatuh laut ketika memancing ikan di belakang sebuah hotel di Pantai Tengah, Langkawi petang Sabtu.

Penolong Pengarah Operasi Kebombaan dan Penyelamat, Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia Kedah, Penguasa Kanan Bomba 1, Mohamadul Ehsan Mohd. Zain berkata, pihaknya mendapat panggilan berhubung kejadian itu pada pukul 7.54 malam tadi dan tiba di lokasi berkenaan lapan minit kemudian.

“Setibanya pihak kami di tempat kejadian, maklumat diterima daripada rakan mangsa memaklumkan lelaki tersebut telah terjatuh ke dalam laut semasa memancing ikan di kawasan tersebut lebih kurang pada pukul 5 petang,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Memuatkan artikel berkaitan…

Mohamadul Ehsan berkata, pihaknya yang terdiri daripada lima anggota termasuk pegawai berhadapan sedikit kesukaran berikutan keadaan laut bergelora terlalu kuat dalam operasi mencari dan menyelamat mangsa malam tadi dengan dimulakan di pesisir pantai kawasan itu.

Beliau berkata, operasi mencari dan menyelamat mangsa diteruskan lagi pagi ini bermula 7 pagi Ahad. – Bernama

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini