Video lucah: Dua lagi ditahan - Utusan Malaysia

Video lucah: Dua lagi ditahan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA KUBU BHARU – Seramai dua lagi individu ditahan semalam bagi membantu siasatan kes penyebaran video hubungan sejenis melibatkan Haziq Abdullah Abdul Aziz bersama seorang lagi individu yang didakwa sebagai menteri kanan kerajaan.

Ketua Polis Negara, Datuk Seri Abdul Hamid Bador berkata, kedua-dua individu berkenaan ditahan di Shah Alam bagi membantu siasatan yang sedang dijalankan sekaligus menjadikan jumlah tangkapan berhubung kes berkenaan seramai 11 individu.

“Pihak polis akan memohon lanjutan reman terhadap individu-individu yang akan tamat reman pada hari ini dan esok.

Memuatkan artikel berkaitan…

“Permohonan itu (lanjutan reman) akan dibuat jika pihak kita (polis) memerlukan lebih masa bagi melengkapkan siasatan,”katanya pada satu sidang akhbar selepas menyempurnakan Majlis Penutupan Perkhemahan Kor Kadet Polis Peringkat Kebangsaan di Kem Bina Semangat, di sini, hari ini.

Terdahulu seramai lima individu yang ditahan bagi membantu siasatan kes penyebaran video tersebut telah dibebaskan selepas tamat perintah reman mereka dua hari lepas.

Perintah reman selama enam hari ke atas Haziq Abdullah pula akan tamat pada hari ini. – K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini