[VIDEO] Kes video: Dua lagi ditahan - Utusan Malaysia

[VIDEO] Kes video: Dua lagi ditahan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

HULU SELANGOR 20 Julai- Dua lagi ditahan polis semalam berhubung kes video melibatkan bekas ketua Angkatan Muda Keadilan (AMK), Haziq Abdullah Abdul Aziz yang dikaitkan dengan Menteri Hal Ehwal Ekonomi, Datuk Seri Mohamed Azmin Ali.

Ketua Polis Negara, Datuk Seri Abdul Hamid Bador berkata, kedua-dua individu itu ditahan di Shah Alam bagi membantu siasatan.

“Ya, saya sahkan dua orang ditahan,” katanya selepas Majlis Penutupan Perkhemahan Kor Kadet Polis Peringkat Kebangsaan Kali Ke-21 di Kem Bina Semangat di Kuala Kubu Bharu di sini hari ini.

Memuatkan artikel berkaitan…

Tangkapan pertama ke atas seorang individu berusia 31 tahun dilakukan di sebuah hotel di Glenmarie, Shah Alam, pada pukul 11.45 malam manakala tangkapan kedua ke atas seorang lelaki berusia 29 tahun dilakukan pada pukul 12.30 tengah malam di hadapan sebuah rumah di Taman Sri Andalas, Klang.

Tangkapan dua individu itu menjadikan mereka yang ditahan bagi siasatan berhubung video itu adalah 11 orang.

Ketika ditanya sama ada polis akan menyambung reman tiga suspek, Abdul Hamid berkata, pihaknya akan memohon lanjutan reman sekiranya polis memerlukan lebih masa untuk siasatan kes itu.

“Saya difahamkan reman tamat hari ini atau esok. Siasatan kes ini rumit, kita tidak mahu tersilap langkah membuat tindakan,” katanya.

Semalam, tempoh reman selama empat hari lima daripada mereka yang ditahan pada Ahad lalu tamat manakala tiga lagi termasuk Haziq Abdullah dijangka dibebaskan hari ini.- UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini