Mayat diikat pita pelekat ditemukan dalam bagasi - Utusan Malaysia

Mayat diikat pita pelekat ditemukan dalam bagasi

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR 19 Julai – Mayat seorang lelaki ditutup mata dengan tangan serta kakinya diikat menggunakan pita pelekat ditemukan di dalam sebuah bagasi di tebing sungai di Kampung Pangkalan Bau, Sarawak petang tadi.

Memetik portal Utusan Borneo, sumber berkata, bagasi tersebut ditemukan orang awam yang kemudian mencurigai sesuatu selepas terhidu bau busuk sebelum terus menghubungi pihak polis.

Susulan itu, bantuan daripada Balai Bomba dan Penyelamat Bau telah dipohon untuk mengangkat bagasi tersebut pada kira-kira pukul 7.24 malam.

Memuatkan artikel berkaitan…

“Bagasi tersebut kemudian dinaikkan ke pemukaan rata menggunakan tali dan apabila dibuka didapati terdapat mayat seorang lelaki dengan tangan, mata dan kaki diikat menggunakan pita pelekat.

“Mayat tersebut kemudian diserahkan kepada polis untuk tindakan selanjutnya,” katanya.

Semantara itu, Ketua Polis Daerah Bau, Deputi Superintenden Poge Nyaon ketika dihubungi mengesahkan penemuan tersebut. – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini