Azmin tak hadir, bukan urusan saya - Tun M - Utusan Malaysia

Azmin tak hadir, bukan urusan saya – Tun M

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PORT DICKSON 19 Julai – Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad enggan mengulas ketiadaan Datuk Seri Mohamed Azmin Ali dalam program PKR di sini malam ini.

Beliau juga tidak mahu menjawab soalan berhubung isu video yang dikaitkan dengan Menteri Hal Ehwal Ekonomi itu.

“Tiada komen, itu bukan urusan saya,” jawabnya ketika ditemui wartawan selepas merasmikan Majlis Temu Rapat Pimpinan PKR Pusat di sebuah hotel di sini.

Memuatkan artikel berkaitan…

Selain, Mohamed Azmin turut tidak hadir ialah dua Naib Presiden PKR, Zuraida Kamaruddin dan Tian Chua yang dianggap rapat dengan Mohamed Azmin.

Bagaimanapun beliau dijadualkan berucap dalam salah satu slot program itu esok.

Program pemukiman yang dihadiri kepemimpinan tertinggi PKR bermula hari dan akan berakhir pada Ahad. – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini