Video seks: Tak kira siapa dalang, tindakan mesti diambil - Utusan Malaysia

Video seks: Tak kira siapa dalang, tindakan mesti diambil

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR 18 Julai – Naib Presiden PKR, Tian Chua memohon pihak polis mengambil tindakan dengan menangkap dalang di sebalik penyebaran video seks sejenis yang didakwa membabitkan Menteri Hal Ehwal Ekonomi, Datuk Seri Mohamed Azmin Ali.

Tian Chua berkata, mereka yang menjadi dalang kepada penyebaran video berkenaan perlu berdepan dengan tindakan undang-undang.

“Saya tak tahu siapa terlibat, kerana mungkin hanya ketua polis negara tahu siapa pemimpin politik itu. Isunya terdapat seorang dalang dan tindakan harus diambil walau apa pun kedudukannya dalam parti.

Memuatkan artikel berkaitan…

“Tahun-tahun pembentukan PKR pada lewat 90-an apabila Anwar Ibrahim juga menjadi mangsa politik kotor.Ribuan orang menunjuk perasaan menolak politik kotor pada waktu itu. Kami berdiri menyokong Anwar. Kita tak boleh buat perkara sama,” katanya seperti dipetik dalam laporan portal Free Malaysia Today.

Tambah beliau, parti itu mesti setia pada prinsip dan menolak sebarang unsur politik kotor. – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini