39 pelajar yang menjadi mangsa pencemaran dirawat di klinik kesihatan - Utusan Malaysia

39 pelajar yang menjadi mangsa pencemaran dirawat di klinik kesihatan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PASIR GUDANG 18 Julai – Seramai 39 pelajar daripada lima buah sekolah berasingan di sekitar daerah ini mengalami simptom muntah, sesak nafas dan pening kepala dipercayai selepas terhidu bau gas, pagi tadi.

Pengerusi Jawatankuasa Kesihatan, Kebudayaan Dan Warisan negeri, Mohd. Khuzzan Abu Bakar berkata, jumlah tersebut dicatat sehingga pukul 2 petang hari ini.

“Mangsa telah mendapatkan rawatan di Klinik Kesihatan Pasir Gudang dan Klinik Kesihatan Masai, namun tiada pelajar yang dirujuk ke Hospital Sultan Ismail (HSI) Johor Bahru untuk rawatan susulan.

Memuatkan artikel berkaitan…

“Jabatan kesihatan juga telah mengambil sampel air kencing pelajar terlibat,” katanya dalam satu kenyataan, di sini sebentar tadi.

Lima sekolah terbabit adalah Sekolah Kebangsaan (SK) Tanjung Puteri Resort seramai 30 pelajar, SK Kopok (6 pelajar), SK Kota Masai,(1 pelajar), SK Pasir Gudang 4 (1 pelajar) dan SMK Tanjung Puteri Resort (1 pelajar). – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini