Berbilion semut terbang kelihatan seperti hujan - Utusan Malaysia

Berbilion semut terbang kelihatan seperti hujan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

LONDON – Berbilion-bilion semut terbang menyerbu selatan England dan membentuk awan besar sehingga kelihatan seperti hujan pada radar cuaca, lapor akhbar The Sun.

Pejabat Meteorologi berkongsi gambar ganjil tersebut kelmarin.

Kumpulan semut itu terbang ke kawasan seperti Hampshire, Sussex Barat dan Dorset.

Memuatkan artikel berkaitan…

Hujan semut terbang itu tertera pada radar cuaca selepas serangga tersebut meninggalkan sarangnya di seluruh Britain dalam fenomena yang disebut sebagai ‘selerakan serangga’ pada Selasa lalu. Hari tersebut juga dikenali sebagai ‘Hari Semut Terbang’.

Pada hari berkenaan, semut jantan dan semut betina keluar dalam jumlah yang besar dari sarangnya untuk mencari semut lain bagi tujuan mengawan

Ratu semut dan semut-semut jantan mengetuai kumpulan besar serangga itu ketika terbang di udara.

“Semut itu tertera pada radar cuaca kerana gelombang radar ‘menyangka’ ia adalah titisan hujan ekoran bilangannya terlalu banyak,” kata seorang pegawai Pejabat Meteorologi Britain.

Kumpulan serangga itu juga dipercayai adalah yang terbesar pernah direkodkan di Britain. 
– Agensi

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini