MH17: Ukraine cetus persoalan baharu - Utusan Malaysia

MH17: Ukraine cetus persoalan baharu

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KIEV 18 Julai – Ketika dunia memperinga­ti ulang tahun kelima insiden pesawat Malaysia Airlines, MH17 yang ditembak jatuh di Donetsk pada 2014, Uk­raine ‘mencetuskan’ persoalan ba­haru selepas mendedahkan telah berjaya menahan individu yang didakwa terlibat dalam serangan berkenaan.

Individu tersebut adalah seorang pemandu treler yang ‘bertanggungjawab’ mengangkut pe­luru berpandu yang digunakan untuk menembak jatuh pesawat berkenaan.

Menambahkan lagi persoalan  apabila pegawai di Agensi Khidmat Keselamatan SBU, Ukraine, Vitaly Mayakov ketika majlis memperingati insiden itu memberitahu, individu yang ti­dak didedahkan identitinya itu ditahan dua tahun lalu.

Memuatkan artikel berkaitan…

Lapor Channel News Asia, Mayakov menjelaskan, penjena­yah tersebut kini menjalani hukuman di negara ini.

“Kami yakin individu terbabit merupakan antara pemberontak yang bertanggungjawab meng­akibatkan pesawat itu ditembak jatuh di Donetsk. Kami telah menangkapnya dan dia kini men­jalani hukuman yang telah di­putuskan ke atasnya,” katanya.

Bagaimanapun Mayakov ti­dak menjelaskan sebab maklumat tersebut tidak diumumkan lebih awal.

Mayakov dalam pada itu memberitahu, 150 individu yang bertanggungjawab memindahkan peluru berpandu tersebut telah dikenal pasti.

Pesawat MH17 yang dalam penerbangan dari Amsterdam ke Kuala Lumpur ditembak jatuh di Ukraine ketika pemberontakan dicetuskan puak pemisah.

Kesemua penumpang dan anak kapal MH17 disahkan maut dalam kejadian penuh tragis itu.

Pasukan penyiasat yang di­ketuai Belanda menyalahkan Ru­sia kerana membekalkan peluru berpandu yang menembak jatuh pesawat itu.

Pasukan itu menamakan empat suspek iaitu tiga warganega­ra Rusia dan seorang dari Ukraine yang dipercayai menjadi dalang kejadian berkenaan.

Penguat kuasa Belanda dalam pada itu mendakwa Rusia tidak memberi kerjasama dalam pro­ses siasatan dan enggan menye­rahkan suspek.

Namun, Menteri Luar Rusia menyangkal dakwaan tersebut dan menyifatkan siasatan yang dijalankan berniat untuk memburukkan imej negara itu.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini