Kadar jangka pendek terus stabil - Utusan Malaysia

Kadar jangka pendek terus stabil

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR 18 Julai – Kadar antara bank jangka pendek kekal stabil hari ini berikutan operasi Bank Negara Malaysia (BNM) untuk menyerap lebihan mudah tunai dalam sistem kewangan.

Lebihan dalam sistem konvensional turun kepada RM22.82 bilion daripada RM25.92 bilion pagi ini manakala dalam sistem Islam ia berkurangan kepada RM7.9 bilion daripada RM12.43 bilion.

Terdahulu, BNM mengadakan dua tender pasaran wang konvensional dan satu tender Qard lelongan matang pelbagai Islam (iRMA).

Memuatkan artikel berkaitan…

BNM juga telah menyemak semula tender semalaman konvensional daripada RM21.9 bilion kepada RM22.3 bilion.

Pada pukul 4 petang, bank negara menjalankan tender pasaran wang konvensional berjumlah RM22.3 bilion dan tender pasaran wang Murabahah sebanyak RM7.9 bilion, kedua-duanya untuk wang sehari.

Purata kadar faedah semalaman Islam sebanyak 2.96 peratus, manakala kadar satu, dua dan tiga minggu, masing-masing berada pada 3.03, 3.07 dan 3.12 peratus. – BERNAMA

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini